Thursday, December 17, 2009

Ayuh Malaysia.. tamatkan kemarau emas 20tahun..

tahniah malaysia.. menang 1-0 dengan vietnam..

ayuh malaysia..
semangat harimau malaya.. menang dengan vietnam..

Tuesday, December 15, 2009

Proton bakal keluar kereta baru Julai-Ogos 2010 ( Like Lancer GT)


PROTON Holdings Bhd yang mengukuhkan semula kehadirannya dalam industri automotif tempatan menerusi model pelbagai guna (MPV) Exora, bakal mengeluarkan satu lagi model sedan baru menjelang Julai atau Ogos tahun depan, dengan harga pengenalan sekitar RM80,000 seunit.

Model yang akan menggantikan Waja dan dikatakan mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa itu, akan menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan.

Menurut sumber terdekat, kemasukan kembali 'ciri Mitsubishi' dalam Proton itu hasil kerjasama pembangunan kejuruteraan terbaru antara Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), yang juga bekas pemegang sahamnya.

"Model yang akan digunakan Proton bagi menggantikan Waja ini akan menampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbanding model Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran.

"Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter, komponen dalaman menggunakan produk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lain yang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdaya saing.

"Justeru, model baru itu bukan saja dilihat berada di landasan terbaik untuk memberikan saingan terhadap kenderaan sedan keluaran syarikat automotif asing lain, bahkan ia turut mampu membantu memulihkan kembali imej Proton sebelum ini," katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur

Sumber itu menjelaskan, pengeluaran model baru dengan kuasa enjin 1.8 liter itu dilihat pemangkin terbaik untuk syarikat automotif nasional itu dalam memenuhi perubahan keperluan dan selera pembeli, khususnya generasi muda.

Katanya, Proton yang mendapat sokongan padu daripada MMC, dijangka tidak menghadapi sebarang masalah dalam memenuhi permintaan, memandangkan model gantian Waja itu akan dipasang di kilangnya sama ada di Shah Alam, Selangor atau di Tanjung Malim, Perak.

"Melihat kepada perjanjian antara Proton dan MMC, ia tidak menjadi masalah bagi Proton untuk memasang, menjual dan memberikan khidmat selepas jualan bagi Mitsubishi Lancer 2.0 GT versi Malaysia itu.

"Ini disebabkan MMC sudah memberikan 'lesen' kepada Proton untuk menggunakan bantuan teknikalnya, termasuk memasang dan memasarkan Lancer 2.0 GT yang akan menggunakan jenama Proton itu," katanya sambil menambah 'pelesenan' itu turut merangkumi bantuan dalam mengeluarkan komponen Lancer 2.0 GT tempatan serta sokongan dan perkhidmatan selepas jualan.

Ketika ini, model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga RM120,598.10 tanpa insurans di negara ini. Model itu diedarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd.

MMC adalah rakan teknikal dan pemegang saham Proton ketika ia ditubuhkan pada 1983 sehinggalah pengeluar kereta nasional itu mengeluarkan kereta pertamanya pada 1985.

Bagaimanapun, kemelut kewangan kumpulan daripada Jepun itu menyebabkan ia melupuskan kepentingannya dalam Proton pada awal 2004





katanye nak menggantikan waja dengan lancer GT 2.0.. macam mana rupenye.. mcm nie ker?


 

tapi proton mungkin akan keluarkan enjin turbo..









dan ini mungkin hasil nye WAJA + LANCER GT 2.0 =

 


credit to http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=116553


Tuesday, December 08, 2009

Dugaan yang tidak ku pinta

Salam semua.. mintak maaf sebab hampir sebulan aku x updated blog nie.. pada 5hb November 2009 aku ditimpa kecelakaan..syukur alhamdulillah aku dah abis exam time tue.. so ari khamis 28hb aku balik ke Kedah untuk setelkan urusan aku tentang sponsor Indonesia dan majlis pertunangan. Boleh dikatakan tiap2 hari sampai hari rabu 4hb aku ulang alik ke alor setar dan jitra nk setel sponsor.. aku cadangnya nk balik khamis petang. tiba2 ari selasa 3hb en Zaidi kol aku pasal jamuan kelas anjuran budak junior BM (satu2nya pewaris BM).

Ini ada kronologinya..

4hb November 2009
pagi.
aku kol madi a.k.a PKU BM tanya pasal jamuan tue.. dia cakap jamuan tue mula pagi kul 11. tension jugak la sbbnye aku kena balik awal skit.
malam
aku pun prepare barang2 tuk nk bawak balik maktab.. xbyk sgt la.. juz barang2 hantaran je..
tadi ayah dan adik aku p ambik keta kat taiping untuk pergi ker Kelantan.
kebetulan matanep nak tumpang aku balik skali.. so dalam kul 12tgh malam aku p ambik matanep dulu kat jitra.. pastu balik umah kejap.

5hb November 2009
3.30 pagi
aku ng matanep bersiap2 tuk bergerak balik besut. time tue hujan renyai2. kadang2 berhenti kadang2 hujan.. macam tu la keadaan semasa aku bergerak balik.
aku ikut jalan pokok sena- pendang-jeniang- k.pegangan-grik
semasa kt roundabout aku singgah kat petronas jap. xtahan2 nk p toilet.. lagi pun aku x pasang aircon. sejuk beb.. time tu aku tgk matanep tgh sedap tidoq..
aku pun drive smpi ke puncak titiwangsa.. hujan lebat + renyai2

6.30pagi
aku pun sampai kat puncak tido kejap.. dengan2 matanep pun tido jugak..

7.10pagi
aku pun gerak turun dari puncak. matanep pun ada offer kt aku nk driver.. tapi aku kata ok lagi.
hujan still renyai2.. banyak juga lori semasa aku turun dari puncak..

7.40pagi
lebih kurang 20km lagi sampai la kat kawasan kedai makan kata area jeli.. langit time tu pun dah cerah.. nampak juga aku empangan, kolam air panas..

7.45pagi
ada selekoh ke kiri.. hujan renyai2.. aku nampak ari turun dari bukit lalu atas jalan yang berselekoh.. xsangka air turun laju.. matanep time tu tido.. tiba2 tengah selekoh keta aku bergerak ke kanan.. aku nampak toyota unser kat depan.. memang dah pusing stereng ke kiri tapi xboleh jugak..

7.48pagi
sedar2 aku rasa muka ku kebas..pening2 pun ada.. aku tengok matanep berdarah kat hidung. aku cari beg silang aku, kuar ikut tingkap.. aku cari handphone aku nk kol intan dngn ayah dia.. aku p kat matanep suruh dia keluar dari keta cepat.. time tu hujan renyai2.. cari payung.. driver keta unser xde masalah semuanya ok..
aku kol polis mintak dia bawa ambulans skali.. sambil tunggu aku pun tangkap gambar xcdnt.

banyak lagi cerita.. tapi aku ringkaskan.. aku dibawa ke hospital jeli.. dari pagi sampai ke petang kt situ.. service yang tidak memuaskan aku.. macam2 hal yang kami xpuas hati.. dayana, piko, intan datang.. tapi kes aku kena rujuk pakar kat hospital kota bharu. matanep ikut dayana ng piko balik maktab. sampai la lewat malam baru selesai semua.. family aku datang ambik. intan (bakal tunangku) balik dengan kakak dia.