Sunday, September 27, 2009

MPV Perodua 1.5







Ini gambar MPV Perodua yang akan muncul hujung tahun ini.

Perodua MPV bakal dilancarkan secara rasmi pada September 2009. Harga dijangka antara rm56k - rm66k. Model ini berdasarkan acuan Toyota Passo Sette atau dalam versi Daihatsu, Daihatsu Boon Luminas. Saiz lebih kecil dari Proton Exora.

Engine kapasiti 1500 CC, 109 kuasa kuda pada 6000 rpm, Torque 141 Nm pada 4400 rpm. Gear Automaik 4-kelajuan. Penggunaan petrol pada kadar 15.6km / liter.

sumber : http://promosiperodua.blogspot.com/2009/04/perodua-mpv-d46t.html


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang sedang dalam persiapan akhir melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya, yakin dapat memberikan cabaran dalam segmen kenderaan berkenaan di negara ini kerana MPV yang akan ditawarkannya adalah bermutu dengan harga berdaya saing.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar, (gambar) berkata MPV yang bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini, akan dijana enjin 1.5 liter dan memenuhi keperluan pengangkutan sebuah keluarga.

Beliau berkata, dengan mempunyai tujuh tempat duduk dan ruang dalaman luas, MPV Perodua yang akan dihasilkan di kilangnya di Rawang, Selangor itu, menjadi MPV kompak paling berprestasi tinggi dan menjimatkan minyak.

“Kami prihatin ramai keluarga Malaysia mengeluh kerana susah memiliki sebuah MPV yang bermutu pada harga berpatutan.

“Justeru, untuk kenderaan MPV Perodua ini, selain mempunyai pelbagai ciri hiburan dan teknologi keselamatan terkini serta canggih, kami akan pastikan yang ia mampu dimiliki dan kami tidak akan sesekali berkompromi dengan mutunya walaupun harga MPV itu lebih berdaya saing jika dibandingkan dengan MPV lain,” katanya kepada Berita Harian dalam satu temubual di Kuala Lumpur, semalam.

Syed Hafiz berkata, meskipun Perodua sedang mengemaskini dan menganalisis kos pembuatan kenderaan itu dalam usaha memuktamadkan harga, ia dijangkakan ditawarkan pada harga tidak melebihi RM70,000.

Katanya, Perodua mampu menawarkan harga sedemikian kerana model itu menggunakan sehingga 90 peratus komponen tempatan.

Syed Hafiz berkata, pelancaran MPV itu sejajar matlamat Perodua untuk sentiasa memperkenalkan satu model baru setiap tahun.

“Seperti pada 2005, Perodua memperkenalkan Myvi, 2007, Viva dan tahun ini model kenderaan yang agak besar,” katanya.

Syed Hafiz berkata, bagi memastikan orang ramai merasai kehangatan kenderaan MPV itu, Perodua akan mengadakan pelbagai promosi seawal bulan depan.

“Promosi akan bermula pada April ini dengan Minggu Amanah Saham di Johor bakal menjadi platform pertama promosi dan kita akan tunjuk bahagian dalaman atau rangka model kenderaan MPV kami supaya orang ramai boleh bayangkan bagaimana rupa dan keunikan model MPV Perodua,” katanya.

Syed Hafiz berkata, sebagai pengenalan, Perodua akan menyediakan stok kenderaan MPV itu sehingga 3,000 unit bagi mengelak masalah dari segi masa menunggu dan sebagainya.


Wednesday, September 16, 2009

Rupanya Indonesia pun suka menciplak


aku ada baca ruangan dari Ohbulan.com pasal filem Indonesia nie.. rupanya Indoensia pun kaki ciplak juga.. ada filem Indonesia yang ciplak poster dari filem luar.. Korang tengok la sendiri.














sumber: Oh Bulan! (tq)

Tuesday, September 15, 2009

Berbuka di A.M Tarbush Kota Bharu

Pada 14 September 2009, budak kelas PISMK-OUM BM (Pengajian Melayu) Kampus Sultan Mizan berbuka puasa di Tarbush Kota Bharu.

Puas hati la makan kat situ. Harga dia pun murah RM 25.80 saja bagi buffet. Kitorang makan buffet ramai2 dalam 26 orang.

Makannan paling sedap n famous nasi arab kambing. perghhh meleleh cakap lu.. sedap beb.. nasi planta pun ada..

ada la budak2 ni makan sampai nak muntah.. ada yang xboleh makan daging kambing.. biasa la dah tua kot.. hehe

abis saja makan kitorang p KBMALL la men boling plak..

tapi tahun la last kita berbuka posa sama2.. lepas ni dah nak posting jauh2. Bila la boleh rasa macam ni lagi ye..



AM Tarbush


Aku, Pok Ley, Burn


Tengah tunggu lauk nie..


Senyum Skit

Nasi Arab Kambing


Juadah Berbuka

Boling selalu..


Bosannye.. usha awek sebelah la bro.. (kerol)

Macho yang xmacho..

Bergambar dulu main boling..


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Dalam beberapa hari saja lagi, kita umat Islam akan menyambut hari raya..

dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya for all follower saya, anak murid yang kat SKTM 2, kekawan kat maktab, member2 kampung, xlupa juga kat yang teristimewa ('-') dan seluruh umat Islam.

" SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN "

Thursday, September 10, 2009

AWAS! H1N1 Pembunuh Umat Islam -Sebarkan segera dan PENTING

Assalamualaikum..

Bila terfikir tentang isu ini, pakteh tidak nyenyak tidur dan memang tidak dapat tidur.
H1N1 ini akan membunuh begitu ramai umat Islam sebaik sahaja ramadhan menjelma dan kemuncaknya ialah selepas 1 syawal nanti.
Fikirkan begini...
Sebaik sahaja ramadhan menjelma, jutaan umat Islam di Malaysia akan berkumpul di bazar ramadhan setiap petang, BERAPA RAMAI YANG MEMAKAI TOPENG?, jawab sendiri. Situasi ini akan menggalakkan penularan H1N1 dengan lebih pantas dikalangan umat Islam.
Lebih parah jika ini tidak diambil serius oleh kementerian kesihatan...FIKIRKAN...
Jutaan umat Islam akan pulang ke kampung menjelang Aidilfitri.
Masa terbaik untuk H1N1 merebak ialah ketika di:-
1. Hentian Puduraya, Duta dan Putera (bayangkan berapa juta penumpang bas ketika itu)
2. Hentian di lebuh raya seperti PLUS (Fikirkan khalayak di setiap hentian)

BAHAYAnya ialah...setiap seorang yang dijangkiti akan menyebarkan kepada seluruh isi rumah, jiran, dan rakan sekampung. Mengapa....Amalan bermaafan dihari raya yang akan mempercepatkan proses ini. bagi lelaki bersalaman tanpa alas dengan semua orang tanpa sebarang syak wasangka...maklumlah lama tak jumpa. kaum perempuan akan memeluk dan melagakan pipi, lagi cepat virus merebak. BAYANGKAN berapa ramai yang bakal dijangkiti?...puluhan juta berpotensi menerima kesan ini.

Atas alasan inilah pakteh merasakan H1N1 akan MAMPU melumpuhkan umat Islam di Malaysia dan di dunia sebaik sahaja selepas Aidilfitri. Setiap seorang yang disuspek H1N1, diberi cuti 3 hari hingga 7 hari. Bukan sahaja ekonomi umat Islam lumpuh, negara boleh lumpuh.

KEMENTERIAN KESIHATAN PERLU MEWAR-WARKAN PERKARA INI DAN JELASKAN LANGKAH SELAMAT KETIKA MUSIM PERAYAAN.

Oleh itu, ambillah langkah berjaga-jaga sewajarnya. Pakteh sendiri sudah merancang untuk menyambut Aidilfitri kali dalam suasana yang meriah namun cara yang lebih selamat.

p/s sumber blog pak teh

Tuesday, September 08, 2009

Dulu bakar bendera kemudian telur busuk pastu buluh runcing

aku ada baca pasal sahabat kita negara jiran bakar bendera Malaysia sebabnya tidak puas hati dengan Malaysia yang tiru (klaim) tarian pendet.. pastu kata Malaysia tiru budaya Indonesia contohnya, rendang katanya milik indonesia dan tarian kuda kepang pun milik dorang.. pastu lagu rasa sayang pun dorang cakap malaysia ciplak dari dorang..

aduh pening2.. yang apasal iklan pelancongan tu bukan agensi malaysia yang buat.. tapi agensi swasta dari singapura iaitu Discovery Channel.. Malaysia dah pun minta pihak berkenaan hantar surat mintak maaf..

tapi faham2 la orang indonesia ni racist sikit.. ntah apa2 terus serang je.. yela lebih dari 150 website malaysia kena serang atau hack oleh hacker2 dorang..

pastu bakar bendera malaysia, xpuas hati lagi baling telur busuk kat umah sewa pelajar malaysia kt indonesia..

yang terbaru aku baca kat online ni dorang guna buluh runcing yang tajam tu untuk ugut pelajar malaysia kat sana..

benda ni sume garang2 media massa kat sana la yang panas kan hati dorang.. bro pikir la skit. kite ni serumpun, seagama plak.. jangan la buat benda yang bukan2..


korang tengok la video nie..


sumber : berita harian

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090908210407/Article

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam buluh runcing


JAKARTA: Jabatan Penuntut Malaysia di sini, hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.



Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini, pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam. - Bernama

Fakta Tentang Yahudi

aku cadangkan kat korang view web site nie.. banyak benda yang kita semua xtau pasal yahudi ada dalam website nie.. http://ibnuyaacob.com/ dan http://dajjal.wordpress.com/

Wednesday, September 02, 2009

Facebook Untuk Yahudi (Zuckerberg)

1. Pengasas facebook ialah Mark Zuckerberg (yahudi). seorang garduan sains komputer dari Universiti Harvad.

2. Merupakan anak kepada pasangan yahudi, Edarwd dan Karen Zuckerberg. Dibesarkan di Amerika Syarikat.

3. Ayahnya seorang doktor gigi. Maknya pakar perubatan.

4. Zuckerberg genuis komputer sejak kecil. ketika berusia belasan tahun dia sudah pandai cipta game RISK dan game SYNAPSE.

5. Facebook dilancarkan pada 4 Februari 2004 di bilik asramanya di U.Harvad bertujuan untuk memudahkan mahasiswa berhubung satu sama lain. Bagaimanapun ia berkembang ke universiti di sekitarnya.

6. Pernah hack laman web universitinya untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar.

7. Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg ranking 52 daripada 101 tokoh yang berpengaruh, sebaris nama besar seperti Barrack Obama.

8. Majalah Forbes Top 400 menyenaraikan Zuckerberg sebagai individu ke 321 terkaya di Amerika Syarikat pada 2008. Individu termuda pernah tersenarai dalam Forbes ketika berusia 24 tahun dengan nilai kekayaan sebanyak USD 1.5 bilion.

9. Zuckerberg aktif dalam pertubuhan Yahudi iaitu Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi).

10. Facebook mendapat untung dari hasil iklan yang dipaparkan. Ada banyak iklan yang menggunakan sistem seperti sistem CPC (cost perclick) iaitu sekali klik $0.50.

11. Sekiranya 1000 orang klik pada satu masa, facebook akan mendapat untung sebanyak $500. itu baru satu iklan.. cuba bayangkan kalau 10 atau 20 iklan.

12. JIka itulah jumlah wang yang diperoleh, bayangkan berapa pula ia disalirkan untuk membiayai peperangan di Gaza.

13. Pada tahun lalu jumlah pengguna Facebook ialah 140 juta orang. tapi baru-baru ini penggunanya meningkat ke 240 juta orang.

14. Buat masa ini hanya dua buah negara Islam iaitu Iran dan Indonesia mengharamkan Facebook di negara mereka.

15. jadi sebagai orang Islam apa yang perlu kita buat?Dikeliling kita sudah dipenuhi dengan barang2 Yahudi.

16. ada kumpulan dari Indonesia iaitu KUMPULAN CYBER JIHAD yang diketuai oleh Muhammad Jibriel iaitu dikenali sebagai Prince of Jihad yang memperjuangkan suara Islam dan jihad dalam dunia cyber. tetapi akhirnya 'tidak dapat' melayari laman web tersebut (Facebook).

17. Suaranya yang cukup lantang telah menarik perhatian pihak pengurusan FAcebook untuk menutup akaun milik KUMPULAN CYBER JIHAD.

18. Melalui facebook kumpulan ini mempunyai keahlian yang paling ramai. tetapi mereka tidak terkejut apabila facebook milik pejuang Islam itu ditutup kerana mereka tahu facebook itu milik orang Yahudi iaitu Mark Zuckerberg yang juga anggato AEPi.