Tuesday, September 08, 2009

Dulu bakar bendera kemudian telur busuk pastu buluh runcing

aku ada baca pasal sahabat kita negara jiran bakar bendera Malaysia sebabnya tidak puas hati dengan Malaysia yang tiru (klaim) tarian pendet.. pastu kata Malaysia tiru budaya Indonesia contohnya, rendang katanya milik indonesia dan tarian kuda kepang pun milik dorang.. pastu lagu rasa sayang pun dorang cakap malaysia ciplak dari dorang..

aduh pening2.. yang apasal iklan pelancongan tu bukan agensi malaysia yang buat.. tapi agensi swasta dari singapura iaitu Discovery Channel.. Malaysia dah pun minta pihak berkenaan hantar surat mintak maaf..

tapi faham2 la orang indonesia ni racist sikit.. ntah apa2 terus serang je.. yela lebih dari 150 website malaysia kena serang atau hack oleh hacker2 dorang..

pastu bakar bendera malaysia, xpuas hati lagi baling telur busuk kat umah sewa pelajar malaysia kt indonesia..

yang terbaru aku baca kat online ni dorang guna buluh runcing yang tajam tu untuk ugut pelajar malaysia kat sana..

benda ni sume garang2 media massa kat sana la yang panas kan hati dorang.. bro pikir la skit. kite ni serumpun, seagama plak.. jangan la buat benda yang bukan2..


korang tengok la video nie..


sumber : berita harian

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090908210407/Article

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam buluh runcing


JAKARTA: Jabatan Penuntut Malaysia di sini, hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.



Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini, pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam. - Bernama

No comments:

Post a Comment