Monday, August 31, 2009

Ron 95 Jimat

Aku isi minyak ron 95 di Pokok Sena, Kedah semalam rm50 je.. pastu aku naik highway a.setar (utara) terus ke RNR Gurun.. aku bawa dalam 120-140km/j lebih je.. pastu aku konvoi pergi kuala besut.. ikut jalan baling-grik..

pastu kitorg singgah makan kat tanah merah.. then terus sampai bukit keluang, besut.. aku tengok meter minyak ada lagi 1 takah.. boleh la nak pergi Kota Bahru pusing2 dulu.. bagi aku memang JIMAT RON 95.. Jarak dalam 400km dari rumah aku ke IPGM Kampus Sultan Mizan..

kalau ikut sebelum ini aku isi minyak rm50 memang tinggal sikit je kalau tengok kat meter minyak.. so aku puas hati la..


p/s aku pakai keta iswara je.. aircon xguna sbb sblm ni mmg xguna aircon

Friday, August 21, 2009

Mural Siap !!










Akhirnya siap juga mural yang aku dengan Imad buat ni..

Ramadhan Al Mubarak

Tadi pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengatakan hari sabtu ini bermulanya puasa bagi umat Islam Malaysia dan Indonesia.

Kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa buat kenalan2, mak cik2, pak cik2, anak murid dan sesiapa saja yang kenal aku.. hehe

Selamat Berpuasa bagi seluruh umat Islam..

Thursday, August 20, 2009

Ketupat Sotong


Ketupat Sotong



Sedap nie..



Terliur je ni..



Bile nak makan nie.. lapar dah..



Kak Anis, Ana dan Kak wani (kanan)

Akhirnya dapat juga aku dengan imad makan ketupat sotong istimewa dari Gong Bayor.. hehe.

Thankz kak anis, ana, kak wani..
Buat kak anis, lepas ni boleh tempah la erk.. sedap jugak la ketupat sotong ni. sebab isi dia ada pulut.. rasa manis sikit.. tapi memang terbaik la..

***** 5 Bintang

Dedikasi Untuk 5 Bestari















Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih buat murid-murid kelas 5 Bestari.. Diorang memang sporting sangat.. ada sorang tu ajak gi makan kat Bukit Keluang Beach Resort + mandi kolam lagi.. tapi sori sangat2 sebab cikgu kamu tak dapat datang.. yang datang cikgu imad dengan cikgu eli saja. tak la tu.. cikgu wakil cikgu imad je.. hehe

So gambar2 ni buat kenangan cikgu untuk kamu semua.. Good Luck next year UPSR.. jangan lupa cikgu ye.. rajin2 la YM atau email cikgu..

Wednesday, August 19, 2009

Kelas 4 Bestari























Atas permintaan pelajar-pelajar 4 Bestari, saya akan post kan gambar2 diorang dalam blog saya.

Ni merupakan sebahagian anak murid aku kat kelas 4 Bestari.. Pandai2 belaka semua ini.. Guy jaga diri elok2, and gud luck ye..

Sunday, August 16, 2009

Cikgu Cekgi S.K.Tengku Mahmud 2


Sibuk nampak..



takaful ka tafakur? dok lena saja..



toleh kanan toleh kiri sotong sumbat mana?



Cikgu mana nie?



Kak Ti yang sporting dengan eli



Tok Mad (lena) dengan kak yah ( memang sempoi)




Eli



Kak Anis ( Ketupat Sotong)





Ini kira geng2 sempoi la kat s.k Tengku Mahmud 2.. tapi sayang Kak Wani dengan Ana xde dalam gambar.. sori la orang jual mahal payah la skit nak ambik gambar ni (gurau je erk)..

Rindu la jugak suasana kat sekolah tu.. bukan apa boleh la melawak dengan cikgu2 kat sana.. rasa dah macam satu family dah kat sana.

Insyallah kalau umur panjang kite jumpa lagi.. so kite layan lagu ni.. mesti ingat kat SKTM2.


Mural


Mural yang hampir siap



panji-panji reagae

Terima kasih kat kak wani, kak anis, ana yang bersusah payah datang kekadang waktu terik untuk tengok2 kami ni hehe sambil2 datang tolong cat mural ni.

Hampir seminggu lebih jugak nak siapkan mural ini.. yela banyak halangan dan rintangan yang aku dengan tok mad tempuh..

Harap2 boleh jadi kenangan la 5 tahun lagi kitorg datang sekolah tu nak tengok balik.. haha Insyallah.. Caya la tok mad.. Pakat2 lompat la..

Saturday, August 15, 2009

S.K Tengku Mahmud 2 In Memory


4 Bestari

3 Cemerlang


Ini antara kelas yang aku mengajar terutama 3 Cemerlang dan 4 Bestari.. I will miss u all..

Thursday, August 13, 2009

Dah Habis Praktikum

Hari ini aku baru je abis praktikum fasa 3 yang terakhir sebab next year aku kena posting.. xtau kat mana lagi. Untuk kali ini aku praktikum kat S.K Tengku Mahmud 2..

Banyak kenangan yang aku nak citer.. Insyallah kalau sempat malam nanti aku update gambar2nye..

Takziah buat keluarga Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)


Ustaz Asri(Rabbani) meninggal dunia

Tadi aku baru baca Berita Harian online terkejut pasal berita kematian ketua kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri. Sedih juga sebab kehilangan seorang pendakwah yang berbakat besar dalam bidang nyanyian.

Aku pun sebenarnya peminat Rabbani juga sebab suara Arwahyarham sangat sedap. Aku pun tak sangka dia mati sebab sakit jantung pagi tadi..

Sama-sama la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Kuarantin Lagi..

Semalam lagi aku dengar citer pasal IPGM Kampus Sultan Mizan kena serang H1N1.. Pagi semalam En Sabri cakap 7 orang dah dikuarantin seorang lagi positif.. Pastu dengar plak naik 15 orang..

Macam2 la.. dari dulu lagi masa mula2 aku tulis blog ni pasal H1N1, aku pikir jugak nape la maktab aku ni tak wajibkan budak2 ni pakai mask @ penutup hidung.. Kan senang tak payah la nak susah2 kan orang lain..

Aku ada dengar citer pasal pengarah tak percaya la kan kawasan Besut ni ada H1N1. Yela sebab ada student nak buat Khidmat Sosial kat Kg. Raja pasal H1N1 nie pastu mintak la persetujuan dari pengarah. Pengarah cakap buat apa nak jalankan khidmat sosial ni tempat kita bukan ada orang bela babi. Last2 seminggu lepas tue IPGM Kampus Sultan Mizan ditutup sebab ada budak disyaki H1N1.

Sehari dua ni baru ada orang nak pakai penutup hidung tue. Riso pasal virus ni la.. Harap2 wajibkan student pakai penutup hidung ni semasa di maktab. Bukan apa, orang kata mencegah lebih baik dari mengubat.

Hari ini plak aku dengar semua student tidak dibenarkan keluar dari maktab pada hari Jumaat dengan Sabtu ni.. Sebabnya diorang nak kuarantin. Ini semua kerja orang last2 minute la.. baru hari ni nak bagi tau. Orang lain banyak program weekend ni. Kena kuarantin plak kat maktab ni. Tak ke tension budak2 ni. Tolong la prihatin dengan student kat sini.

Boleh je kalau nak kuarantin tapi bagi la memo awal2 kat student. Boleh la diorang prepare awal2. Kata IPGM mengikut "ISO". Buat la lebih profesional. So harap2 lepas ni tak de la benda macam ni berulang.

Wednesday, August 12, 2009

Kurma Yahudi

Sekarang bulan puasa bakal menjelma... Berhati-hatilah dgn Kurma Yahudi.
Tolong distribute! Bercetak jenama "Jordan River".

Itu sebenarnya bukan dari Jordan, tetapi dihasilkan dari negara Israel... dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi diedarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Israel yang bersempadan dengan Palestin.

Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya... dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.

Para muslimin sekalian, diharap jangan membeli kurma jenis ini... Kasihanilah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi.

Fakta Benar

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran
akan mendatangkan kesan karsinogen
! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun
pula
adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda
akan mati keracunan Arsenik
dalam beberapa jam sahaja.


3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni “Bah Kut Teh” (babi).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba
tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan
tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari
sana. Fakta diperolehi dari ‘Health Corporation of Singapore’.


4. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan
pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo anda mengandungi
Sodium Laureth
Sulfate
atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah
dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo
yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul
Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature
Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan
dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami
tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh
mengeluarkan busa yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate &
Dee
Dee
(untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.


5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera(tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari

selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya
telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu
berkenaan
salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee
segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah
dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni
dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya
membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil
mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah.
Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem
badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang
mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia
tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap
barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai ‘makan untuk mendapat barah’. Kalau
istilah James Bond, ‘Licence to kill!’


6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa
yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama
gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut
dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab
itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara
tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang
singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda
sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
Kalau tak caya tanya dia nie?


Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbirabata Pendaftar, Universiti Sains Malaysia


p/s sumber dari http://roshaizulnizam.wordpress.com/category/tips-petua-cara/

Coffee StarBuck Ada Lemak Babi

HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.
Please pass this message to our muslim friends.
Call JAKIM 03 – 8886 4000 for more information.
Thank you


p/s info ini aku ambil dari

http://roshaizulnizam.wordpress.com/category/tips-petua-cara/

Anehnya Matematik

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

p/s: Kenapa? Tak percaya ke?

10 Ciri Coca Cola

” Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh…mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati….nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! ]Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!, time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

Saturday, August 08, 2009

PU4800 Hilang?


Hari Rabu ari tu erm 5 Ogos 2009, aku parking motor kapcai aku tu kat bawah tangga hostel. Keluar pegi cafe xprasan lagi la motor tu ada ke x?
Nak jadi citernye, keesokkannya aku pun siap-siap la nk pegi praktikum. Memang selalunya motor kapcai tu la yang bawa aku pagi-pagi pi sekolah. Dah siap sume, aku pun turun la tengok motor kat bawah tangga. Takde..

Pi kat garaj xde jugak.. Pi kat belakang blok pun xde.. ai.. pelik ni.. xkan aku silap parking kot.. time tu dah nak dekat 7.30 pagi so, aku tumpang la ng partner praktikum aku tok mad namanye tue naik motor dia pi sekolah.

Kat sekolah hati punya la riso.. mau x riso.. sejuta dalam satu tu boh.. barang rare susah nk cari..kat tempat aku ni pernah ada kes bro.. dalam masa 1 bulan ada dua kes curi motor.. pencuri tu dapat tangkap tapi motornya bangkai pun xde.. tu yang aku risonye..

Sampai je sekolah aku pun kol la si bull ni.. suruh dai cari motor aku kot2 dia nampak.. aku ada jugak kol anas (junior) mintak tolong dia cari motor aku.. kawan tu baru bangun tido memang pickup kurang skit la pagi2 nie..

Lepas tu bull ada msg aku dia kata kat semua blok dia cari tapi xda jugak.. hati aku lagi la riso.. xsenang dok kat sekolah.. makan pun xlalu.. tapi makan jugak.. lapar..

Dalam tengahari skit baru bull msg aku dia ada ckp ketua warden ada ronda semalam kat blok aku. Aku ada fikir juga xkan warden yang nk ambik motor aku.. pelik2..

Lepas je loceng sekolah bunyi dalam kul 12.45 (time tu aku ng tok mad dh kat atas motor) aku blah..samapi je maktab aku tanya guard ( The Rock) pasal motor aku.. aku cakap xnampak pun motor merah aku tue. dia pun tolong cari jugak la motor aku kat kawasan maktab.

aku pun try la pi tengok balik kat blok aku tu kot2 aku silap parking ke.. atau ada orang yg nak main2 ngan aku ke.. tapi xde jugak..

Last aku pi tanya mak cik (clean n clear) pasal motor aku tu.. depa pun cakap la ada nmpk kat kuarter warden.. aku pun ng tok mad pi la tengok kat kuarter tue..

Ahkirnya jumpa jugak motor aku tu.. tapi yang sedihnya motor aku kena... rantai dengan beca..huhu.. aku rasa warden yang ambik motor aku tu..

Baru malam tadi aku pi mintak kat warden tu motor aku.. sebelum dah kol dia tapi dia kata nak kuarantin motor aku.. sedih jugak beb.. patah kaki dibuatnya.. ayat punya ayat dapat jugak motor aku tue..



PU4800 kena rantai..

Al-Fatihah

Info - Ayahnya sakit jantung. Katanya hari Jumaat lagi ayahnya tenat.

Baru sebentar tadi aku menerima sms dari rakan baik ku mengatakan ayah kepada rakan kelas aku iaitu Aiman B. Nordin meninggal dunia. Dengar citer ayah dia memang dah lama sakit.. Sakit apa tidak dapat dipastikan..

Jadi, diharap roh ayah Aiman dicucuri rahmat.. Sama-sama lah kite sedekahkan al-fatihah kepada rohnya.

Ucapan takziah diucapkan dari Tembikai Laici kepada Aiman B. Nordin
( PISMK-OUM Pengajian Melayu 2006) IPGM Kampus Sultan Mizan.

Sunday, August 02, 2009

Kisah 1 Malaysia

Hari ini aku baru habis bercuti kuarantin selama 7 hari. So, kiranya dalam kul 1 lebih aku pun gerak la dari rumah aku nak ke Alor Setar. Destinasi pertama aku ialah Car Wash Automatic Biasa la sekarang ini musim hujan, teruk juga la kereta aku ni kotor..

So, aku pun pergi la kat sebuah car wash di Alor Setar ini.. Habis je keluar dari mesin tue datang la sorang Bangla ni tanya "mau vakum ka? polish ka?". Aku bagi tau je "tak pa.. polish tayar saja". Kat situ lebih kurang 8 orang Bangla yang kerja dan ada sorang cina jadi casher.. Aku keluar kejap dari kereta sementara tunggu Mat-Mat Bangla ni lap kereta.. ada la ternampak satu iklan promotion kat car wash tue..

Aku pun nak tau juga pasal iklan tu. jadi aku pun pi la tanya kat casher cina ni.. " Bos, ni apa dia? Mau bagi wangi ka?" casher ni pun jawab.. " wa tak tau nk cakap melayu.. lu tanya Bangla nie.. dia tau.. wa tak tau.. wa tak tau.." datang la Bangla sorang citer la skit pasal pasal iklan yang kedai tue promote.. rupanya dia jual perfume kereta.. tahanya lebih kurang 2 bulan la..

Habis je lap + bayar kat casher tu, aku aku pun blah la.. dalam kereta mula la aku merepek kat gf aku pasal casher tue.. yela orang cina duduk kat Malaysia lagi lama dari Mat Bangla tu.. tapi tak tau nk cakap Melayu.. negara kita dah 52 tahun merdeka kenapa masih ada lagi rakyat Malaysia yang tak fasih nak cakap Melayu. Bangla-Bangla tu baru je duduk kat Malaysia ni dah fasih cakap Melayu.

Ada 1 kes dekat P.Pinang.. aku rasa dah 6-7 tahun kot benda tu berlaku.. waktu tu aku sekolah menengah lagi.. kelab persatuan kat sekolah aku tu buat lawatan kat area Balik Pulau( tak pasti nama kawasan mana) tapi kawasan tu dah berhampiran dengan pantai.. kitorang kena pergi ke kawasan perkampungan cina kat situ.. depan mata aku sendiri, aku tengok ada beberapa orang cina yang tak pandai + faham cakap Melayu.. Sebab masa tu kitorang datang kena temuramah cikit pasal peternakan B*** kat situ.. aku rasa terkilan juga la sebab aku fikir masa tu ada lagi rakyat Malaysia yang tak pandai cakap Melayu..

Aku pun bukanya sempurna sangat.. cuma bagi aku, terkejut sebab benda macam ini tidak sepatutnya berlaku kat Malaysia nie.. dah 52 tahun beb kita merdeka..

Aku tak nak tulis banyak2.. aku juz nak tahu pendapat korang macam mana pulak?