Thursday, August 13, 2009

Kuarantin Lagi..

Semalam lagi aku dengar citer pasal IPGM Kampus Sultan Mizan kena serang H1N1.. Pagi semalam En Sabri cakap 7 orang dah dikuarantin seorang lagi positif.. Pastu dengar plak naik 15 orang..

Macam2 la.. dari dulu lagi masa mula2 aku tulis blog ni pasal H1N1, aku pikir jugak nape la maktab aku ni tak wajibkan budak2 ni pakai mask @ penutup hidung.. Kan senang tak payah la nak susah2 kan orang lain..

Aku ada dengar citer pasal pengarah tak percaya la kan kawasan Besut ni ada H1N1. Yela sebab ada student nak buat Khidmat Sosial kat Kg. Raja pasal H1N1 nie pastu mintak la persetujuan dari pengarah. Pengarah cakap buat apa nak jalankan khidmat sosial ni tempat kita bukan ada orang bela babi. Last2 seminggu lepas tue IPGM Kampus Sultan Mizan ditutup sebab ada budak disyaki H1N1.

Sehari dua ni baru ada orang nak pakai penutup hidung tue. Riso pasal virus ni la.. Harap2 wajibkan student pakai penutup hidung ni semasa di maktab. Bukan apa, orang kata mencegah lebih baik dari mengubat.

Hari ini plak aku dengar semua student tidak dibenarkan keluar dari maktab pada hari Jumaat dengan Sabtu ni.. Sebabnya diorang nak kuarantin. Ini semua kerja orang last2 minute la.. baru hari ni nak bagi tau. Orang lain banyak program weekend ni. Kena kuarantin plak kat maktab ni. Tak ke tension budak2 ni. Tolong la prihatin dengan student kat sini.

Boleh je kalau nak kuarantin tapi bagi la memo awal2 kat student. Boleh la diorang prepare awal2. Kata IPGM mengikut "ISO". Buat la lebih profesional. So harap2 lepas ni tak de la benda macam ni berulang.

1 comment:

  1. sejak azali lagi mmg camtu dah...dah kena baru nk beringat...ado laaa...

    ReplyDelete